Monday, August 3, 2009



Sempena ulangtahun suami saya yg ke.... pd 27.07.09, saya telah membuat kek harijadi (cmc) utknya. Padahal, dia tiada di tanah air. Sebagai isteri, saya ingin membuat sesuatu yg istimewa utknya walaupun x seberapa. Pd hari lahirnya kami empat beranak saja yg meraikannya dan memotong kek. Dan inilah kek pertama yg saya hias menggunakan buttercream, tapi x lh cantik sgt. Punyalah 'excited' sgt menghias kek tersebut smpi penuh dan x de ruang utk saya menulisnya. Katanya dia sedih sbb tiada di sisi kami disini.

Saturday, August 1, 2009



Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya saya memasuki alam blog ini khas untuk membuat blog saya sendiri.Selama ini saya hanya menjelajah dan menjenguk blog2 orang ramai yang tersedia ada.Dari situlah terdetiknya hati untuk membuat blog ini iaitu Caspian Cakes N Cookies.

Blog ini memaparkan hasil2 buatan tangan dalam membuat aneka kek,pastry,puding dan lain2 lagi yang berkaitan dengannya. Mana tau ianya bole menjana pendapatan untuk keluarga.

Kalau diikutkan rasanya saya dah ketinggalan zaman dalam blog2 ni tetapi dgn tercipta blog ini pasti akan menambahkan dan  memeriahkan lagi rakan pengunjung2 blog yg lain serta dpt berkongsi idea dalam bidang buatan kek dan sebagainya. Mudah mudahan dengan blog ini akan dpt memberi inspirasi kepada saya dan semua pengunjung blog yg dikasihi.