Monday, November 8, 2010

Aneka talam

Talam dengan pelbagai jenis ini dihantar ke pusat bandar Pasir Gudang untuk dijual diatas permintaan NISA PASIR GUDANG.



Talam Labu Berlauk Jepun



Talam Keladi



Talam Jagung



Talam Suji



Talam Serimuka Pandan

Kek coklat 'moist' dan talam




Kek ini ditempah oleh sahabat saya Ida sebanyak 70 biji untuk harijadi anaknya. Manakala, talam labu berlauk jepun pula ditempah oleh sahabat guru ngaji anak saya sebanyak 2 loyang. Talam ini selalu mendapat tempat dihati bagi yang meminatinya.

Monday, November 1, 2010

Kek marble dan kek cklat moist



Kek marble ditempah oleh Kak Yati (biras saya) untuk dibawa ke Singapura. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu menempah terutama kek marble ini. Manakala, kek coklat lembab dan dihias ringkas menggunakan buttercream ditempah oleh Intan sahabat saya yang selalu mengidam untuk makan kek.

Permintaan suami


Coklat ini dibuat diatas keinginan suamiku sebagai makanan sampingannya. Coklat ini dikirim ke luar negara untuknya melalui sahabatnya.

Thursday, October 28, 2010

Friday, October 15, 2010

Kek coklat 'moist' kukus, 'blueberry cheese cake' dan coklat





Diantara tempahan oleh sahabat saya Fatin untuk hari lahir anaknya dan guru sekolah anaknya. Terima kasih fatin kerana sentiasa menyokong produk saya.

Tuesday, July 6, 2010


Kek harijadi tempahan dari sahabat saya...

Tempahan2 kek



Sebenarnya bnyk tempahan2 kek yg selama ini saya buat tapi x dimasukkn dlm entry..diantaranya kek harijadi,kek kawin dan seumpamanya.

Wednesday, May 26, 2010

UPdet

Salam...lamanya saya tidak menulis didlm blog ini, entah kenapa betapa penyakit malas ini tidak berkesudahan. Realitinya tiada apa yg menarik utk saya tulis atau cerita. Padahal, kalau saya dh mula menulis pasti panjang lebar hujah nanti. Duniaku adalah rumah dan sekolah kerana saya lah yg menghantar dan mengambil anak2 di sekolah mrk. Yang sulung duduk di asrama, kedua dan ketiga tinggal dgnku. Apabila mrk pulang tinggal 3 beranak la kami..hubbyku??? bertugas nun jauh diperantauan...sedih jugalah kena tinggal, tapi dh rezekinya diperantauan, kami redha.

oklah... walaupun saya surirumah sepenuh masa, saya tidak boleh bersenang2 saja tanpa membuat apa2 yg berfaedah jadi masaku isikan dgn menerima tempahan membuat kek yg x seberapa sgt...yelah kalau dibandingkan dgn org lain sampai x cukup tangan utk memenuhi tempahan..tapi alhamdulilah dgn tempahan mrk2 itu tidakla lah aku boring sgt duduk rumah..

Saturday, February 6, 2010

Kelas steam buttercream





Untuk menambah skill dan ilmu dlm bidang kek saya menghadiri kelas steam buttercream pula. Ini mesti selalu 'practice' utk mendapat hasil yg memuaskan.

kelas wilton ku yg pertama


Ini adalah langkah permulaan saya utk mendalami lagi dlm bidang dekorasi kek. Terima kasih kepada Azie.

Friday, February 5, 2010

Kek barbie doll yg kupelajari.



Anak gadis saya yg berumur 5 tahun selalu melihat kek ini dilaman blog orang lain dan dia berharap ibunya dapat membuat utk dirinya. Jadi inilah hasilnya dari pembelajaran saya.

Kek tempahan pertama ku..



Buat pertama kalinya saya menerima tempahan utk hantaran majlis pertunangan...tempahan dari sahabat saya utk majlis anak saudaranya. Terima kasih ye mas..tempahan ni dibuat pd bulan 12 tahun lepas.