Wednesday, March 30, 2011

Tambah skill dengan "puff pastry" pula

Sebagai orang baru di dalam dunia bakeri ini saya juga tidak ketinggalan untuk menuntut ilmu dalam pastri pula..Saya memang "zero" tentang pastri, begitu juga dengan talam. Satu talam pun tidak pernah menjadi. Oleh kerana itu saya, dengan nekad dan berfikir panjang untuk mempelajari cara dan teknik yang betul dalam membuat talam dan pastri...Bukan apa, saya terpaksa meninggalkan anak-anak dengan orang tua dan terima kasih buat suami yang dikasihi kerana mengizinkan saya untuk menuntut ilmu.Tanpanya saya tidaklah seperti sekarang yang sudah tahu untuk membuat segala macam kuih dan kek.

Kelas pastri ini saya belajar dengan Chef Asma, begitu juga dengan talam...alang-alang dah jauh untuk mempelajarinya saya mengambil kelas 2 hari berturut-turut..ramai telah menuntut ilmu dengannya. Terima kasih chef diatas ilmu yang disampaikan. Dibawah ini saya sertakan gambar-gambar semasa kelas dijalankan. Kepada sesiapa yang hendak menambah ilmu pastri bolehla join kelasnya. Berbaloi-baloi...






Diantara pastri yang masih belum dibakar.

Manakala sebahagian gambar-gambar di bawah pula ialah pastri yang telah siap dibakar.




Talam lagi..



Talam Tokyo ini ditempah oleh cikgu Zila untuk kenduri malam nanti. Terima kasih sebab sudi menempahnya. Talam ini dibahagian lapisan bawahnya terdiri dari sago, kelapa parut dan soo hoon. Rasanya pasti tidak akan mengecewakan, sedap mengikut selera anda. Cikgu Zila menempahnya sebab sudah pernah merasanya tempohari. Gambar semasa belum dipotong saya terlupa untuk mengambilnya, hanya setelah dipotong baru teringat untuk mengambilnya. Jika ada yang ingin merasanya bolehla menempahnya.

Tuesday, March 29, 2011

Kek Coklat " Moist" lagi



Tempahan kek coklat "moist" ni pula ditempah oleh NISA untuk makan-makan dan meraikan cikgu Awin yang baru keluar dari hospital. Terima kasih ye Intan, kerana tidak pernah jemu untuk menempah.

Apa cerita?

Assalamualaikum kepada pengunjung semua...lama juga saya tidak bersiaran di blog ini, tentu terasa boringkan kalau asyik tengok benda yang sama setiap hari.Maafla kerana semasa cuti sekolah tempohari memang sibuk sekali dengan anak-anak. Kami tidak kemana pun hanya duduk di rumah saja (4 beranak), lagi pula anak yang sulung sibuk dengan kerja sekolahnya yang harus disiapkan sebelum balik ke asramanya. Kami balik ke kampung pun hanya tidur semalaman...lepasla rindu atuknya terhadap cucu-cucu kesayangannya. Sibuk - sibuk di kampung sampai terlupa nak ambik gambar gelagat cucu-cucu dan atuknya cuma gambar anak gadis saya saja dengan sepupunya yang dapat saya ambil dan dimuatkan disini.Farhan dan Fitri ni adalah adik-beradik dan anak-anak kepada adik lelaki saya.


Najwa dan Fitri


Najwa dan Farhan

Saturday, March 12, 2011

Kek Coklat " Moist"

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan "blogger", semoga hari ini dalam keadaan ceria hendaknya. Untuk "n3" kali ini adalah tempahan dari NISA untuk kejutan kepada Fatin sempena hari lahirnya dan yang selama ini bertungkus-lumus membantu dalam NISA, iaitu kek coklat moist dengan hiasan yang "simple". Terima kasih buat Cikgu Awin dan yang lain-lain.

Tuesday, March 8, 2011

Bahan-Bahan Gantian Untuk Bahan Makanan

Assalamualaikum kepada pengunjung blog ini,terima kasih kerana tidak jemu untuk mengunjungnya dan mudah-mudahan serba sedikit dapat berkongsi cerita..Kepada anda semua yang sudah bersedia membuat kuih, tetapi kebiasaannya tidak semua bahan dalam resipi yang ingin dibuat ada tersimpan di dalam almari? Oleh itu, jangan batalkan niat untuk membuatnya.Ada pelbagai bahan yang boleh kita gantikan dengan bahan lainnya. Di sini saya senaraikan bahan gantiannya.


1) Serbuk Penaik untuk 1 sudu teh digantikan dengan 1/4 sudu teh soda bikarbonat dicampurkan 1/2 sudu teh krim tartar.

2)Mentega Susu untuk 1 cawan digantikan dengan 1 cawan yogurt atau 1 makan cuka yang dicampurkan susu (untuk 1 cawan) atau 1 sudu makan air perahan lemon yang dicampurkan susu(untuk 1 cawan).

3)Tepung Kek untuk 1 cawan digantikan dengan 1 cawan tepung gandum degan 2 sudu serbuk penaik yang telah diayak.

4)Coklat untuk 1 auns digantikan dengan 3 sudu makan serbuk koko dicampurkan dengan 1 sudu makan mentega atau mejerin.

5)Tepung Jagung untuk 1 sudu makan digantikan dengan 2 sudu makan tepung gandum.

6)Sirap Jagung untuk 2 cawan digantikan dengan 1 cawan gula biasa.

7)Krim Light untuk 1 cawan digantikan dengan 1 1/2 sudu makan mentega dicampurkan dengan susu (untuk 1 cawan).

8)Krim Whipped untuk 1 cawan digantikan dengan 1/2 cawan mentega dicampurkan susu (untuk 1 cawan).

9)Kuning telur untuk 2 biji kuning digantikan dengan 1 biji telur (boleh digunakan untuk membakar kuih tetapi bukan untuk sos).

10)Telur untuk 1 biji telur digantikan dengan 2 biji kuning telur (untuk membakar diperlukan 2 biji kuning telur dicampurkan 1 sudu makan air) atau jika anda mahu membakar tetapi masih kurang 1 biji telur,boleh dugunakan 1 sudu teh tepung jagung atau ubi sebagai bahan pengganti.

11)Herba Segar untuk 1 sudu makan digantikan dengan 1 sudu teh herba kering.

12)Madu untuk 1 cawan digantikan dengan 1 1/4 cwan gula ditambahkan 1/4 cawan air.

13)Jus lemon untuk 1 sudu makan digantikan dengan 1 sudu makan cuka putih.

14)Susu Skim untuk 1 cawan digantikan dengan 1/3 cawan susu tepung tanpa lemak dicampurkan 3/4 cawan air.

15)Susu untuk 1 cawan digantikan dengan 1/3 cawan susu sejat dicampurkan 1/2 cawan air.

16)Cendawan Segar untuk 250gm digantikan dengan 12 auns cendawan tin , toskan.

Sumber dari majalah SEDAP oleh Chef Nurmaningsih T.Nonky . Diharap dapatlah membantu rakan-rakan semua.

Monday, March 7, 2011

Aneka Talam Terkini

Assalamualaikum kepada pengunjung semua...untuk memenuhi selera para pengemar talam saya telah menambah lagi koleksi talam-talam yang pasti boleh dijadikan hidangan untuk sarapan pagi dan minum petang serta dijadikan juadah untuk kenduri kendara. Talam adalah sejenis kuih muih tradisional yang tidak lapuk dek zaman.Oleh itu, dengan peredaran zaman talam juga telah dipelbagaikan dari segi rasa dan rupa.Malah, lebih enak dari yang terdahulu. Di bawah ini, saya paparkan sebahagian dari gambar talam-talam yang dapat saya ambil.








Selain talam-talam diatas terdapat juga talam-talam seperti berikut:
1.Talam Ketupat
2.Talam Jagung
3.Talam Puding Marble
4.Talam Lapis Caribbean
5.Talam Sri Kedah
6.Talam Puspita
7.Talam Roti Paun
8.Talam Serimuka Pandan
9.Talam Tokyo
10.Talam Cendol
11.Talam Peanut Butter
12.Talam Keladi
13.Talam Suji
14.Talam Suji Durian
15.Talam Serimuka Lapis Mutiara
16.Talam Lapis Sutra Dara
17.Talam ABC
18.Talam Lapis Diplomat
19.Talam Serimuka Pulut Hitam
20.Talam Labu Berlauk Jepun
21.Talam Kacang Hijau

Harga setiap talam adalah tidak sama, bergantung kepada bahan yang digunakan.Harga dari serendah RM22 hingga RM35.Jika ingin membuat tempahan sila hubungi nombor "handphone" saya.

Thursday, March 3, 2011

Tempahan yang pelbagai

Alhamdulilah, tempahan tetap juga ada walaupun tidak sebanyak mana seperti rakan-rakan blog yang lain yang sampai tidak menang tangan dibuatnya.Rezeki telah ditentukan olehNya , kita sahaja yang harus berusaha dan berusaha tanpa putus asa. Diantara nya ialah talam diplomat, kek coklat lembab, blueberry cheese tart dan "fruitflan cake".Tempahan ini dari adik ipar dan sahabat saya.Terima kasih kepada semua.


Wednesday, March 2, 2011

Apam Gula Hangus


Asslamualaikum dan selamat sejahtera diharap kepada pembaca blog saya. Semalam saya telah mengukus kuih yang telah mencuri hati saya untuk membuatnya. Sebenarnya saya terpanggil untuk membuat kerana adik ipar yang pada mulanya membuat untuk jualan, dengan rasanya yang sedap dan teksturnya yang sangat lembut lagi gebu. Disini, saya sertakan resepinya yang sangat mudah sekali.

Sumber: hazz 63 (myresepi.com)

Bahan-bahan (resepi ni copy paste je)

* 2 biji telur
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air
* 1/2 cawan minyak masak
* 2 sudu besar marjerin
* 2 sudu susu pekat
* 1 sudu teh soda bikarbonat.
* 1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

Continental Cakes

Assalamualaikum buat pembaca blog semua...di sini saya ingin mewar-warkan akan kek-kek terbaru yang akan dijual. Dan kepada sesiapa yang berminat dan berhajat bolehla menempahnya.Pasti tidak akan mengecewakan.