Friday, April 15, 2011

Pizzaku

Selamat pagi kepada rakan-rakan blog semua, semoga pagi ini berada didalam keadaan sihat dan ceria selalu.Semalam saya hanya duduk dirumah dan mengemas apa yang patut. Biasanya sebagai surirumah kerja tidak pernah habis sampailah waktu kita nak beradu. Anak saya hafiz pula cuti sekolah kerana pihak sekolah mengadakan lawatan untuk murid-murid pra, tahun 1,2 dan 3.Oleh itu, najwa juga turut serta didalam lawatan tersebut. Jadi tinggallah saya berdua...dan kalau mereka semua sekolah tinggallah saya seorang.Tapi lebih baik berdua daripada seorang...boring dibuatnya. Oklah.. bebel je pulak saya ni. Minggu lepas saya ada membuat pizza untuk makan-makan dan bahan-bahannya ada lebih, jadi semalam petang saya telah pun membuatnya sekali lagi.Dibawah saya sertakan sekali resepinya dan saya telah ubahsuai sedikit.





Resepi pizza hawaian
(sumber Komplilasi Hidangan Berkeju oleh Noraini Zakaria)

Bahan Doh
600gm tepung roti (high protein flour) -saya sukat 300gm
200gm tepung gandum - 100 gm saja saya sukat
2 sudu besar tepung susu - 1 sudu saya sukat
1 sudu kecil pemantap roti - 1/2 sudu saya sukat
1 paket(11gm) yis mauripan - saya sukat 10gm
2 sudu besar gula halus - 1 sudu saya sukat
650 ml air sejuk (saya letak secukupnya)
1 sudu kecil garam (saya tidak letak cuma sesudu besar majerin)

Bahan inti (saya sukat ikut suka)
sosej ayam dorebus sekejap dan di hiris-hiris
cili benggala potong dadu
bawang besar dihiris (saya tak letak)
nenas
keju mozarella
cili tomato kimball
oregano
minyak

Caranya
Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali majerin dan buat lubang ditengah dan tuangkan air sedikit-sedikit secukupnya. Uli dengan tangan atau mesin (saya guna mesin. Bila hampir nak sebati saya masukkan majerin dan uli sehingga lembut. Tutup dengan kain lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda selama 45 minit.Kemudian tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar. Canai doh bentuk bulat dan biarkan naik selama 20 minit.Bakar hingga setengah masak selama 15 minit. Saya tidak masak pun terus saje cucuk dengan garpu, renjis minyak sedikit dan letak sos tomato secukupnya dipermukaannya. Kemudian letaklah inti dan akhir sekali keju mozarella bahan utama yang mesti kita letak. Selamat mencuba.

Thursday, April 14, 2011

Nasi Ayam

Hari ini saya bangun awal pagi untuk menyediakan nasi ayam yang ditempah oleh cikgu Liza dari Sek Ren Islam Pintar.Tempahan nasi ayam ini ditempah untuk meraikan majlis hari lahir anaknya di sekolah tersebut. Ianya untuk 130 orang makan, banyak tu...kiranya saya menyahut cabaran la ni ,sebab selama ini setakat masak 20 orang biasalah. Saya masak pun seorang diri dari mencari bahan mentah sehinggalah siap sedia untuk dihantar ke sekolah.Walaubagaimana pun, saya dapat menyiapkan dengan jayanya. Terima kasih cikgu Liza sebab memberi kepercayaan buat saya. Nanti bolehlah tempah lagi...

Tuesday, April 12, 2011

Kek Pisangku

Semalam pagi saya telah membakar kek pisang, kek pisang ini dah banyak kali saya buat dan resepinya saya dapat dari myresepi yang "famous" tu. Masa mak buat kenduri kahwin adik saya, kek pisang ini saya telah buat sebanyak 15 biji untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.Resepinya sangat mudah dan keknya agak besar.Kalau sesiapa yang tidak suka manis kurangkan gulanya sedikit. Kalau saya sebiji kek ini memang susah nak dihabiskan..oleh itu, saya akan memberi kepada jiran dan sahabat-sahabat saya untuk merasa.





Resepinya saya "copy paste"kan
Sumber Myresepi oleh adsweet

Bahan-bahan ( saiz biasa )

* 7 biji pisang berangan
* 1 cawan minyak masak
* 2 sudu kecil soda bikarbonat
* 5 biji telur
* 2 cawan gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 cawan gandum

Cara-cara

1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
5. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C (saya bakar dalam 1 jam,biasanya bergantung kepada "oven" masing).

Selamat Hari Lahir buat anakku Mohamad Hafiz


Toffee Banana Chocolate Cake

Hai!! semua pengunjung blog saya, rasanya macam dah lama sangat tak "updated"kan..biasanya kalau tak de "entry" baru yang ditulis pasti rakan blog semua boring je, yelah siapa-siapa pun akan rasa macam tu.Oklah sempena hari lahir anak saya yang kedua iaitu Mohamad Hafiz saya telah membuat kek coklat yang disukai ramai iaitu kek "Toffee Banana Chocolate", kek ni saya buat tingginya dalam 5 inci tu...beratnya lebih sekilo..kek ini telah dihantar kesekolahnya untuk diraikan bersama rakan-rakan sekelasnya.Begitu juga dengan "fancy Cookies" yang telah saya buat lebih awal itu di"entry" yang lepas. Yang sedihnya, saya tidak dapat mengambil gambarnya potong kek disekolah.Kalau tahun lepas abangnya ada disekolah yang sama dan selalunya dialah yang boleh diharapkan untuk mengambil gambar-gambar.

Walau bagaimana pun, sebagai ibu saya berdoa agar anak yang saya kandungkan selama 9 bulan 10 hari ini akan menjadi anak yang soleh dan patuh kepada kedua ibubapa serta taat kepada Allah yang Maha Esa.Amin...Hafiz ibu sayangmu, belajarlah bersungguh-sungguh dan gapailah impianmu kelak.

Thursday, April 7, 2011

"Fancy Cookies"




"Fancy Cookies" ini memang dah lama mengidam nak buat dan baru sekarang dapat melaksanakannya.Ianya saya buat sempena hari lahir anak saya Mohamad Hafiz yang bakal tiba tidak lama lagi.. tapi saya telah menyiapkannya lebih awal untuk mengelakkan dari tidak sempat menyiapkannya.Ianya akan diberikan sebagai cenderahati buat rakan-rakan sekelas dan guru-gurunya. Oleh itu,jika gurunya ada membuka blog ini pasti telah mengetahuinya lebih awal dan pasti tidak sabarkan untuk mendapatkannya serta merasainya.Dan lagi jika ada sesiapa yang ingin merasai dan mendapatkan bentuk dan corak yang dimahukan , jangan segan silu untuk menghubungi saya melalui email atau sms.

Asyik-asyik Coklat Moist

Kelmarin Cikgu Zila menempah kek coklat "moist" untuk hari lahir anaknya Muhammad Danish yang berusia 4 tahun. Dia minta saya hantarkan terus ke tadika anaknya dan juga minta "design"kan yang mudah-mudah saja.Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menunaikan hasrat dihatinya.

Sunday, April 3, 2011

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Salam ceria buat semua pengunjung blog ini, semoga sihat sejahtera hendaknya..Saya ni nak kata sibuk, tak juga sibuk tapi biasalah dah namanya surirumah pasti ada kerja yang hendak dibuat dan dilaksanakan. Tempahan kali ini datangnya dari Ustaz Azli dari Sek Ren Islam Pintar Seri Alam. Ustaz ni kalau dah bercakap, pasti ada saja yang hendak disembangkan dan membuatkan kita senang dengannya. Katanya dia memang dah lama teringin hendak makan kek ni...jadi dapat je gaji terus tempah..ustaz ni memang "regular customer" saya dari kek perkahwinan dan kek hari lahir. Terima kasih ustaz, diharap ustaz tidak pernah serik untuk menempahnya lagi. Saya juga mendoakan agar apa yang ustaz harapkan dan impikan tu terlaksana, Amin....



Cotton Soft Japanese Cheese Cake (topping with Choc ganache)

Talam untuk makan-makan je....


Talam Suji Durian

Talam ni saya buat untuk makan-makan je... bukannya apa mak dari kampung hantar buah durian untuk cucu-cucu makan jadi ada lebih saya buat talam suji durian. Rasanya bolehla tahan...lain kali nak letak banyak sikit durian biar rasa durian tu lebih. Kepada sesiapa yang berminat bolelah tempah tapi bila musim durianla..