Friday, February 25, 2011

Tempahan yang lepas 2


Tepung kek coklat moist ditempah oleh sahabat adik ipar saya.





Kek marble dan muffin (coklat chips, jagung dan "orange strussel") ditempah oleh besan ibu mertua saya untuk majlis cukur jambul.

Tempahan yang lepas...

Disini saya hanya sertakan gambar-gambar tempahan yang lepas untuk tatapan.







Ketiga-tiganya kek coklat moist versi kukus yang "simple" yang ditempah oleh sahabatku.

Thursday, February 24, 2011

Khabar kelmarin 2

Selain daripada sibuk dengan majlis pernikahan adik bongsuku, saya juga benar-benar sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak. Anak sulong saya telah naik ke tingkatan satu, maka dia telah saya hantar ke asrama di Kluang. Jadi sedia maklumlah, jika menghantar anak ke asrama banyak sekali yang perlu disiapkan seperti membeli keperluan untuknya dan adik-adiknya serta pendaftaran.Pendek kata, memang ke hulu dan ke hilir.Nasib baik suami ketika itu sedang bercuti dari kerjanya, jadi tidaklah terasa letih sangat.


Anak kedua dan ketiga pada hari pertama ke sekolah. Gambarnya agak gelap sikit sebab ambik gambar diawal pagi.


Anak sulong saya ketika melawatnya di asrama pada 20/2/2011..kesian bertambah kurus tapi doa ibu sentiasa mengiringinya.

Khabar Kelmarin

Assalamualaikum kepada semua pembaca blogku ini, maaf sebab sudah lama tidak menulis.Sebenarnya di akhir tahun 2010 aktiviti terlalu padat dengan majlis pernikahan adik bongsuku.Semua persiapan harus dibuat, oleh itu saya telah membuat langsir baru untuk rumah mak dikampung, kek untuk tetamu, kek pengantin dan hantaran. Sebagai kak long, saya merasa gembira sekali kerana adik telah mendapat jodohnya yang serasi dan persefahaman. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.


Selamat Pengantin Baru



Diantara gubahan hantaran yang sangat "simple"



Kek Pengantin