Tuesday, February 28, 2012

Mutiara 29


Dua macam nikmat yang tidak nampak (kewujudannya sering tidak disedari) adalah kesihatan jasmani dan keamanan lingkungan tempat tinggal. Adapun dua nikmat yang dapat dengan mudah dirasakan adalah pujian dari orang lain dan memiliki keluarga yang soleh.

Projek popia


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog Caspian Cakes N Cookies. Semoga semuanya dalam keadaan ceria selalu. Entri kali ini saya ingin memberitahu projek popia saya 4 hari lepas dan sekarang baru sempat saya mengemaskinikannya.Bukannya apa, sibuk menggulung popia saja.Kalau dah duduk, malas sangat nak bangun. Badan pun dah mula sakit sana sini. Biasalah tu...dan alhamdulilah rezeki dariNya dan saya amat bersyukur kepadaNya.


Snap popia pedas ini ditempah oleh Rosmaini dari Setia Tropika sebanyak 15kg. Terima kasih Ros.


Tepung kek coklat ini juga ditempah oleh Rosmaini sebanyak 4 bungkus.


Tepung kek ini pula ditempah oleh Ustaz Azli dari Sek Agama Masai sebanyak 3 bungkus.


Manakala kek marble ini pula ditempah olek Kak Yati dari Kempas sebanyak 6 biji. Terima kasih semua.

Thursday, February 23, 2012

SNAP POPIA PEDAS




Snap popia pedas ini adalah produk baru dari Caspian Cakes N Cookies. Setiap kunyahan menyebabkan sesiapa tidak boleh berhenti untuk mengunyahnya. Sahabat saya, Fatin telah menempahnya sehingga lebih 21 balang dengan berat 450gm setiap satu. Selain itu, dengan berat 700gm setiap balang juga disediakan. Jika tidak mahu, belian secara kilo juga disediakan. Jika ada sesiapa yang ingin merasai kerangupannya dan keenakkannya boleh menghubungi saya ditalian yang tertera. Harga boleh runding jika ingin belian yang banyak.

Tempahan puding karamel



Sebenarnya, puding ini ditempah oleh Cikgu Awin dan Intan. Selain mereka berdua, Fatin dan Cikgu Su juga selalu menempahnya tetapi saya tidak meletakkan gambarnya di dalam blog...mereka semua dari Taman Rinting. Bukannya apa, belum sempat mengambil gambar mereka semua dah tak sabar hendak memakannya.Terima kasih semua.

Mutiara 28


Hal terpenting bagi seseorang di dunia ini adalah memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat dan rezeki yang berkat. Selain semua itu, adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermanfaat.

Monday, February 20, 2012

DONUT






Baru-baru ni tekak teringin sangat nak makan donut, lagi pula ianya adalah kuih kegemaran kami sekeluarga. Dari itu, saya telah mencari resepi donut di internet. Dan pelbagai resepi ditemui dan akhirnya saya berkenan dengan resepi dari seorang pakar memasak masakan barat iaitu Puan Norasikin Basri. Beliau telah memberikan pelbagai resepi yang boleh dikomersialkan seperti donut. Resepinya juga sangat mudah tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Jika sesiapa ingin berkunjung ke web beliau bolehlah ke sini untuk memdapatkan resepi dan tip-tip tentang masakan beliau.



Resepi Donut Gebu Tradisional atau terus ke web beliau.

1kg tepung gandum
1 paket yis mauripan
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca teh garam
1/2 cawan minyak
550gm air bertapis
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Larutkan garam, susu dan air
2. Gaulkan yis dan tepung gandum
3. Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati
4. Masukkan air sedikit demi sedikit
5. Kemudian diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit.
6. Rehatkan adunan selama 15 - 20 minit
7. Bahagikan doh dengan berat 50gm setiap satu.
8. Bulatkan adunan tadi menjadi benola yang licin.
9. Leperkan dan tebuk lubang di tengahnya dengan memggunakan penutup botol.
10. Biarkan donut mengembang selama 1/2 jam -1 jam.
11. Goreng dengan minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kuning keemasan.
12. Tuskan sebelum digaulkan dengan gula caster dan siap untuk dimakan.

Donutnya sangat gebu dan lembut dan pasti tidak akan jemu untuk membuatnya lagi.Cubalah rasainya.

Mutiara 27


Berbahagialah sekarang juga kerana anda tidak terjamin akan terus hidup. Anda tidak mempunyai jaminan akan terus hidup. Anda tidak mempunyai jaminan akan selamat dari perubahan zaman. Maka janganlah jadikan kegelisahan sebagai mata wang anda serta kebahagian sebagai hutang anda.

Monday, February 13, 2012

"Cheese cake" dan apam dot-dot



"Cheese cake" ber"topping"kan blueberry (setengah kilo) ditempah oleh Fatin yang mengidam nak makan..tengah menunggu hari saja nak bersalin. Katanya,dalam berpantang nanti tak dapat nak makan.Terima kasih Fatin kerana selalu saja menjadi sahabat yang sentiasa memberi dorongan untuk saya memajukan produk-produk saya. Luv u so much.


"Cheese Cake Oreo" ber"topping"kan blueberry ini ditempah oleh Kak Nor bagi pihak kakaknya dari Pasir Gudang. Khas buat suami tersayang.


Apam dot-dot ini pula ditempah oleh Nurul dari "Smart Reader" Bandar Seri Alam sebanyak 100 biji untuk kenduri yassin.

Mutiara 26


Keimanan, kesihatan, kekayaan, kebebasan, kemudahan dan ilmu pengetahuan adalah intisari dari apa yang ingin diraih oleh orang yang berakal. Dan sedikit sekali hal itu dapat terkumpul secara serentak.

Thursday, February 9, 2012

Birthday Cake


Assalamualaikum kepada pengunjung blog Caspian Cakes N Cookies ini..terima kasih kerana masih sudi lagi menjengah, walaupun jarang mengemaskinikannya.Kepada yang sudi menempah juga terima kasih saya ucapkan kerana memberi saya peluang untuk merealisasikan kehendak dan citarasa kek yang ingin dipersembahkan untuk orang tersayang,tidak kira suami, isteri , mak , ayah, anak dan ahli keluarga tersayang.Dibawah ini diantara kek-kek yang telah ditempah sepanjang minggu lepas.


Kek coklat "indulgence" setengah kilo ini, ditempah oleh Fatin untuk harijadi anaknya.




Kek "sponge" coklat dengan "filling fresh cream" dan "blueberry" serta diselaputi dengan buttercream serta didekorasikan dengan kartun ELMO menjadi pilihan penempahnya.




Kek coklat "moist" didekorasikan dengan nombor dan rumput serta kereta mainan. Kedua-dua kek diatas ditempah oleh Liza dari Bandar Baru Uda bagi pihak bosnya dan dihantar ke Senai.

Wednesday, February 8, 2012

Mutiara 25


Empat hal yang mendatangkan kebahagiaan iaitu buku yang bermanfaat, anak yang berbakti, isteri yang dicintai dan kawan yang soleh dan Allahlah yang menggantikan seluruhnya.