Thursday, June 14, 2012

Tempahan kek

Tempahan dari Ros (Taman Rinting) Tempahan dari Cikgu Ros (Sek Men Pasir Gudang 1) Tempahan dari Cikgu Noraini (Sek Ren Islam Pintar Bandar Seri Alam) Tempahan 2 biji kek harijadi dari Kak Ida (Skudai) dan 2 biji kek coklat dari Ateh (Megah Ria) Tempahan dari Cikgu Awin (Sek Pasti Taman Rinting) Tempahan kek cawan ini pula dari Cikgu Noraini sebagai buah tangan.

Tempahan snap popia pedas

Gambar popia ni menggunakan "handphone", maka gambar agak kurang jelas. Tempahan popia ini memang tidak pernah putus-putus, terima kasih semua.Ada juga gambar yang tidak sempat diambil.Oleh itu,jika ada sesiapa yang berminat untuk hari raya nanti bolehlah menghubungi saya.

Tempahan apam dot-dot

Terima kasih Fatin diatas tempahannya.

Tempahan Tepung Kek

Terima kasih semua terutama adik ipar saya.

Tempahan Talam

Friday, June 8, 2012

Tempahan-tempahan yang dah lama

Apa khabar pengunjung blog Caspian Cakes N Cookies? Diharapkan semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang..lagi-lagi sekarang ni masih dalam "mood" cuti persekolahan. Saya pula sibuk melayan kerenah anak-anak di rumah, kami tiada perancangan untuk berjalan kemana-mana. Mereka semua sibuk menghadirkan diri untuk ke kelas tambahan sahaja. Daripada duduk dirumah tanpa membuat apa-apa, lebih baik mereka menambah ilmu didada.Tempahan untuk beberapa bulan lepas juga , alhamdulilah sentiasa ada. Saya juga sudah lama tidak meletakkan apa-apa entri di dalam blog. Bukannya apa, sibuk dan buat-buat sibuk selalu.Penyakit malas juga terlebih sangat. Oleh itu, disini saya paparkan tempahan-tempahan yang sudah lama saya simpan untuk tatapan semua. Terima kasih kepada semua penempah yang tidak pernah jemu-jemu menempah dari Caspian Cakes N Cookies. Nanti kita akan sambung lagi dengan tempahan yang seterusnya.