Wednesday, June 26, 2013

Snap Popia Pedas

Assalamualaikum dan selamat malam semua.Malam ini "mood" terajinlah pulak hendak mengemaskinikan blog. Beberapa hari ini saya mendapat tempahan snap popia pedas sebanyak 35kg. Saya mengambil masa selama 3 hari untuk menyiapkannya. Sebagai surirumah memang mencabar juga untuk menyiapkan popia ini. Proses pertama menggulung, kedua menggoreng, ketiga menyira dan terakhir menimbang serta membungkusnya. Itulah proses yang perlu dilakukan. Walaupun mencabar akhirnya, ia telah dapat disiapkan pada waktunya. Terima kasih kepada kak liza dari Tanjung Puteri


Mutiara 37


Sesungguhnya kenikmatan yang hakiki terletak pada perasaan puas terhadap apa yang ada, ketenangan hati, terjauh dari fitnah atau huru-hara, selamat dari bala, bersyukur terhadap nikmatNya, serta dapat beribadah secara bebas dan berkesinambungan.

Saturday, June 22, 2013

Tempaan pelbagai




Semalam memang sangat-sangat sibuk. Tempahan karipap, donut sosej, talam serimuka dan nasi ayam ini ditempah oleh Guru Besar Sek. Ren. Islam Pintar Bandar Seri Alam. Gambar nasi ayam itu pun hampir terlupa nak mengambil gambarnya, dan itu sahaja yang sempat saya ambik. Terima kasih cikgu kerana memberi kepercayaan untuk saya membuatnya.

Crepe



Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog "Caspian Cakes N Cookies". Hari ini, saya akan  menyambung semula untuk mengemaskinikan blog ini. Semangat untuk mengemaskini sudah ada. Cuma tinggal mencurahkannya saja di blog. 

Tempahan "crepe" sudah kembali semula. Crepe durian , mangga dan oreo menjadi pilihan. Nama penempahnya tidak ingat. Katanya untuk membawa balik ke kampungnya di Muar. Sebenarnya sipenempah mahukan "crepe" ini semasa hari guru untuk adiknya yang ingin merasa sebelum ke luar negeri. Tetapi saya tidak dapat membuatnya kerana masa tu, saya jadual tempahan saya sangat padat. Maaf ya.

Tuesday, June 18, 2013

Tempahan "cheese tart"




Ditempah oleh Kak Ema dari Kota Masai sebanyak 100 biji. Terima kasih Kak Ema sebab tidak pernah serik menempah dari saya.

Tempahan "cupcake" hantaran, "muffin" dan apam dot-dot








Tempahan ini ditempah oleh Norai dari Taman Universiti sempena majlis pertunangannya. Terima kasih Norai kerana sudi menempah.

Kek Coklat dan Kek Cawan Baldu Merah


Kek harijadi ditempah oleh Ros dari Taman Rinting


"Red Velvet" ini pula ditempah oleh Khadijah dari Bandar Dato Onn untuk makan-makan sekeluarga. Memang Dijah ini diantara pelanggan yang selalu menempah. Terima kasih Ros dan Dijah

Fancy Cookies



"Fancy Cookies" sebanyak 70 biji ditempah oleh Cikgu Suriani dari Taman Rinting untuk cenderahati kepada anak muridnya.

Tempahan nasi hujan panas




Nasi hujan panas dan ayam beriani kicap ditempah oleh Guru besar Sek Ren Islam Pintar untuk 120 orang makan. Ini sahaja gambar yang dapat saya ambil. Dah sibuk-sibuk terlupa untuk mengambil gambar
nya.

Tempahan "cream puff"







Tempahan "cream puf"f  150 biji oleh Rosmaini dari Setia Tropika untuk bos tempat dia bekerja dan untuk ibu mertuanya. Terima kasih Ros.

TEMPAHAN TALAM YANG LALU



















Diantara talam yang ditempah ialah talam keladi, serimuka, cendol, sri sarawak, talam ubi ,bingka ubi, koleh kacang dan talam tokyo. Terima kasih kepada Kak Fauziah, Kak Ema, Kak Amy, Kak Esah dan yang lain-lain. Maaf di atas segala kekurangan saya kepada semua.


Monday, June 17, 2013

Bersiaran Kembali


Assalamualaikum kepada semua pengunjung "caspian cakes n cookies". Sudah sekian lama saya tidak mengemaskinikan blog ini...dah macam nak berkubur je tengok blog ni. Tapi kena ubah minda agar ianya tidak akan berlaku....sayang sangat dengan blog ini, walaupun tidak seperti blog orang lain yang sentiasa meriah dengan kunjungan rakan taulan. Oklah tidak mahu merepek meraban lagi saya akan sertakan gambar-gambar tempahan yang lalu.

 Maruku sebanyak 8 kg ditempah oleh Fatin dari Bukit Dahlia untuk dibawa balik ke Kedah.
Kek harijadi ditempah oleh Cikgu Liza dari Taman Rinting
Kek karot ditempah oleh Khadijah dari Bandar Dato Onn untuk meraikan petugas2 pilihanraya.

 Kek Coklat lembab ditempah oleh Mas dari Pasir Gudang sempena hari guru
 Kek coklat Lembab ditempah oleh pelajar-pelajar Madrasah Arabiah Kluang sempena hari guru

Kedua-dua kek karot ini ditempah oleh Cikgu Suriani dari Taman Rinting