Thursday, December 15, 2011

Karipap Rangup


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini. Blog yang tidak setandingnya dan banyak sangat kekurangannya. Harap kepada semua yang pernah menjengah ke blog ini tidak merasa serik untuk datang menjengahnya lagi.

Hari ini, saya ingin berkongsi resepi karipap rangup yang sana sini telah dibuat oleh blogger-blogger yang terkenal. Saya terpanggil untuk mencubanya, setelah membacanya daripada blog Bukan Sekadar Masakan oleh Jintan Manis. Sumber resepi dari Kak AlongRaz. Dan hasilnya memang tidak mengecewakan sekali...memang sangat rangup dan tidak berminyak serta memenuhi citarasa kami sekeluarga.



Resepinya adalah seperti dibawah: Saya dapat 57 biji

Bahan-bahannya:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air sejuk dari peti ais

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
Kemudian saya perap dalam satu jam atau lebih untuk doh sebati dan mudah untuk dicanai.

Intinya (resepi sendiri)
1. 8 biji kentang sederhana besarnya dipotong dadu (jika terlalu banyak 6 biji saja sudah cukup)
2. 2 biji bawang besar dan 6 biji bawang putih di "blender"
3. Rempah kari 6 sudu (ikut kesukaan anda)
4. Daging ayam cincang saya guna brand Ramly (saya guna setengah saja dari 450 gm)
5. Garam secukup rasa
6. Air
7. 2 sudu besar tepung gandum untuk memekatkan (optional)

Caranya.
Tumis bahan yang di'blender' hingga naik bau, masukkan rempah kari , air sedikit dan ayam cincang serta kacau hingga masak.Kemudian masukkan kentang, air, garam dan setelah kentang empuk dan kering tutup api.

Sesiapa diluar sana cubalah ,jangan tak cuba rugi tau.

Friday, December 2, 2011

Mutiara 23


Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh.