Sunday, January 27, 2013

Kek Keju Bersalji




Assalamualaikum semua, semoga hari-hari yang dilalui sentiasa ceria dan bahagia selalu.Untuk resepi kali ini saya ingin berkongsi resepi kek keju bersalji yang sekarang tengah panas disana sini kerana telah ramai "blogger" sudah mencubanya. Saya terpanggil untuk mencubanya setelah melihatnya di dapur mamasya. Aduhai!!!... tidak boleh ditahan-tahan lagi. Setelah merasanya buat kali pertama memang terus jatuh cinta. Memang kek ini sangat gebu dan rasanya yang manis, masin dan berlemak memenuhi citarasa saya yang memang pengemar kek yang berkeju. Nasib baiklah buat kek ni tengok "mood" rajin, kalau selalu buat dan badan pun boleh naik gebu juga dibuatnya.Di bawah saya sertakan resepinya dari dapur mamasya.


Snow Cheese Cake
Sumber: Dapurmamasya,Rahel @ I love Cake dan K.Zai@dapurcomelku.blogspot

Bahan:-guna loyang 9'x 9'
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
saya tambah vanila esen

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(saya kacau guna spatula saja dengan teknik kaup balik).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 160'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong 2 lapis untuk mendapatkan kek agar menjadi tiga bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas setiap lapisan kek tadi.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.

TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN
dari mama dan mama jumpa tip ni di Ena Lovely Kitchen;
Terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.satu lagi bila dah masuk minyak hanya gaul dg senduk....jgn over beat.

Tempahan talam


Talam serimuka berinti

Talam sri sarawak

Talam keladi berlauk

Kesemua talam ini ditempah oleh Kak Fauziah dari Taman Rinting, Masai untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Terima Kasih Kak Fauziah.





Mutiara 32


Seorang yang bahagia tidak akan dihinggapi kefasikan,perasaan sakit, sedih, terasing, terbelenggu, juga tidak dililit hutang dan tidak dibenci manusia.

Monday, January 21, 2013

Tempahan Talam


5 loyang talam keladi

5 loyang talam labu berlauk jepun

Kedua-dua talam ini ditempah oleh Restoran Kuali Emas Megah Ria.


Tempahan Durian dan Mangga "Crepe"



Ini adalah sebahagian sahaja gambar "crepe" dapat diambil. Sebanyak 10 pek durian dan 2 mangga "crepe" ditempah oleh sahabat saya Fatin dan Intan.Terima kasih semua.



Tuesday, January 15, 2013

Tempahan Kek Hari Lahir Yoyo




Yoyo adalah nama timangan, sebenarnya nama tuan punya kek ini adalah sama dengan anak saya iaitu Najwa. Hari lahirnya juga sama iaitu 15 Jan 2013. Yoyo pernah menjadi rakan sekelas anak saya semasa tadika selama 2 tahun. Ibunya menempah kek ini khas untuknya. Terima kasih Ros sebab tidak pernah serik untuk menempah dari saya.





Selamat Ulangtahun Sayang


Assalamualaikum. Hari ini genap usia 8 tahun,anak perempuanku seorang. Najwa semakin tumbuh membesar dan menjadi anak yang bijak.Ibu dan ayah sangat bangga denganmu nak.Tiada yang lebih berharga dari memilikimu dalam kehidupan kami. Tiada dapat dinilai dengan harta di dunia ini.Ibu dan ayah sangat sayang kamu sayang.Untuk meraikan hari lahirnya saya membuat sebiji kek khas untuknya. "Pecan Butterscotch Cake" menjadi pilihan. Dan jika ada yang berminat bolehlah menempahnya.



Wednesday, January 9, 2013

DURIAN CREPE



Jika ada sesiapa yang masih belum merasa "durian crepe" bolehlah menempahnya dengan harga 6 biji RM10. Ianya bergantung kepada durian, jika masih ada lagi yang menjual durian saya boleh memenuhi permintaan anda.

Mutiara 31


Rasa aman adalah tempat berpijak yang paling kukuh dan kesihatan adalah perisai yang paling utama. Ilmu pengetahuan adalah makanan yang paling lazat,cinta adalah ubat yang paling mujarab, sedangkan pakaian yang menutup aurat adalah pembalut tubuh yang paling indah.

Muffin Coklat



Assalamualaikum kepada pengunjung blog ini,terimakasih kerana bertandang ke mari. Untuk kali ini saya ingin berkongsi resepi "muffin" coklat dari Puan Yani "My Resepi". Siapa yang tidak kenal dengan Puan Yani, resepi yang beliau kongsikan biasanya tidak akan mengecewakan para suri rumah mahu pun yang bekerja. Resepi "muffin" coklat ini sangat mudah sekali disediakan tetapi hasilnya sangat mengujakan.




Resepi saya "copy and Paste"
MUFFIN COKLAT

Bahan-bahan ( 10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Saya gandakan sukatan di atas.

Cara-cara

Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.

Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.

Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Kepada siapa yang ingin mencuba, bolehlah membuatnya. Pasti tidak akan mengecewakan.

Sunday, January 6, 2013

Mutiara 30

Hati yang selalu bahagia akan membunuh virus penderitaan,demikian juga jiwa yang pasrah kepada takdir Allah s.w.t akan menghancurkan bakteria kebencian.

Tempahan ketiga 2013

Talam labu berlauk jepun
Talam koleh kacang
Talam cendol
Talam puspita dan di bawahnya talam serimuka
Kesemua talam ini ditempah oleh Kak Ema dari Kota Masai. Kak ema memang tidak pernah jemu untuk menempah dari saya. Terima kasih kerana sudi menempah.Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan.

Tempahan kedua

Talam Serimuka dan Sri Sarawak ini ditempah oleh Kak Fauziah dari Taman Rinting.Terima kasih kerana sudi menempahnya. Sebenarnya Kak Fauziah ini adalah ibu kepada teman sekelas anak saya.

Saturday, January 5, 2013

Tempahan pertama 2013

Tempahan kek "red velvet" ini adalah tempahan pertama saya untuk tahun 2013. Hiasannya juga yang mudah-mudah saja. Semoga Intan dari Taman Rinting suka akan kek tersebut. Terima kasih Intan.
Assalamualaikum dan selamat bertemu ditahun 2013, diharap masih belum terlambat untuk saya mengucapkannya. Lamakan saya tidak mengemaskinikan blog ni, sebagai surirumah memang banyak sangat kerja nak dibuat. Saya memang tabik "spring" kepada semua "blogger-blogger" yang berdisiplin dengan mengemaskinikan blog mereka kerana mempunyai kesabaran dan ketabahan serta tidak pernah jemu dengan apa yang dilakukan. Diharap ia akan menjadi contoh kepada saya terutamanya, agar lebih berdisiplin dengan apa yang saya lakukan.