Thursday, December 15, 2011

Masih yang lalu lagi.


Rasanya agak melampaukan... ialah order yang dah kira macam dah basi je ,baru nk dikemaskinikan. Ada aje yang menghalang, yang pasti angin malas pun boleh tahan juga.Walau bagaimanapun, terima kasih kepada yang menempah dan sentiasa menyokong produk saya.Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.



Tempahan Talam Serimuka dan Talam Berlauk Jepun ini daripada Cikgu Noraini, Guru Besar Sek Ren Islam Pintar Seri Alam untuk Majlis Khatam Al-Quran murid tahun 6.



Ini pula kek pisang dan kek lapis asam manis ditempah oleh Fatin sahabat baik saya untuk dibawa balik ke Kedah.


Kek lapis asam manis ini ditempah oleh biras saya untuk hantaran dan makan-makan katanya.


Talam berlauk Jepun ini siapa lagi kalau bukan Fatin yang menempahnya, memang dia suka sangat dengan talam ini katanya memenuhi citarasanya .Memang sangat sesuai untuk dijamu untuk sanak saudara dan teman-teman.


Kek coklat 'moist' dengan coklat 'fudge' ini ditempah sempena harijadi Intan. Katanya kek ini nak dijamu untuk anak murid-murid tadikanya.


Muffin coklat 'chip' ini pula ditempah oleh guru kelas anak saya, Ustaz Muaz. Katanya untuk makan-makan.

Karipap Rangup


Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini. Blog yang tidak setandingnya dan banyak sangat kekurangannya. Harap kepada semua yang pernah menjengah ke blog ini tidak merasa serik untuk datang menjengahnya lagi.

Hari ini, saya ingin berkongsi resepi karipap rangup yang sana sini telah dibuat oleh blogger-blogger yang terkenal. Saya terpanggil untuk mencubanya, setelah membacanya daripada blog Bukan Sekadar Masakan oleh Jintan Manis. Sumber resepi dari Kak AlongRaz. Dan hasilnya memang tidak mengecewakan sekali...memang sangat rangup dan tidak berminyak serta memenuhi citarasa kami sekeluarga.



Resepinya adalah seperti dibawah: Saya dapat 57 biji

Bahan-bahannya:
500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sb Gula
1 st Garam
2½ sb Majerin*
¼ cwn Minyak* (* panaskan)
Air sejuk dari peti ais

Cara-caranya:
1. Campurkan kesemua bhn2 kering.
2. Tuangkan minyak panas & gaul rata.
3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut.
Kemudian saya perap dalam satu jam atau lebih untuk doh sebati dan mudah untuk dicanai.

Intinya (resepi sendiri)
1. 8 biji kentang sederhana besarnya dipotong dadu (jika terlalu banyak 6 biji saja sudah cukup)
2. 2 biji bawang besar dan 6 biji bawang putih di "blender"
3. Rempah kari 6 sudu (ikut kesukaan anda)
4. Daging ayam cincang saya guna brand Ramly (saya guna setengah saja dari 450 gm)
5. Garam secukup rasa
6. Air
7. 2 sudu besar tepung gandum untuk memekatkan (optional)

Caranya.
Tumis bahan yang di'blender' hingga naik bau, masukkan rempah kari , air sedikit dan ayam cincang serta kacau hingga masak.Kemudian masukkan kentang, air, garam dan setelah kentang empuk dan kering tutup api.

Sesiapa diluar sana cubalah ,jangan tak cuba rugi tau.

Friday, December 2, 2011

Mutiara 23


Kematian hati seseorang itu dapat diketahui ketika ia meninggalkan ibadah, senang melakukan dosa, tidak peduli dengan sebutan yang buruk, merasa aman dari kemurkaan Allah dan mencela orang-orang soleh.

Tempahan yang lalu...



Talam labu berlauk Jepun ini ditempah oleh Fatin.


"Orange butter cake" dan "blueberry cheese cake" ditempah oleh Kak Nor Pasir Gudang.


"Cheese tart" ini ditempah oleh Liza 50 biji, Ustaz Azli 100 biji, Fatin 150 biji dan SIL 150 biji.


Kek Coklat lembab dengan hiasan yang mudah ini pula, ditempah oleh Fatin untuk anak perempuan kesayangannya.


"Blueberry Cheese Cake" ini pula ditempah oleh Fatin dua biji dan sahabatnya satu biji.Gambar kek yang satu lagi terlupa nak ambik .Mereka dari Sek Tahfiz Taman Mawar.


"Blueberry Cheese Cake" ini ditempah untuk oleh anak saudara sempena hari lahir ibunya. Terima kasih Along dan Angah.

Tuesday, November 29, 2011

Mutiara 22


Tanda kebodohan adalah menyia-yiakan waktu, menangguh-nangguhkan taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada kedua-dua ibu bapa dan menyebarkan rahsia.

Monday, November 14, 2011

Tempahan - tempahan sebelum raya



Tepung kek ini ditempah lagi oleh SIL, biasalah nak raya. Permintaan amat menggalakkan.Ditempah sebanyak 20 bungkus.



Kek marble dan coklat lembab ini ditempah oleh mek nah dari Kota Masai untuk dibawa balik ke Kelantan.


Kek cawan ini ditempah oleh Liza sahabat saya dari Bandar Baru Uda, katanya untuk makan-makan je.


Seperti biasa kek coklat "moist" dengan coklat "fudge" ini sentiasa mendapat tempat kepada sesiapa yang pernah merasanya.Tempahan ini pula,dibuat untuk dibawa ke Kuala Lumpur dan untuk dihidangkan pada hari raya pertama katanya.Nama penempahnya saya lupa, yang pasti kawan kepada sahabat saya Liza dari Bandar Baru Uda.


Kek"marble" ini ditempah oleh guru ngaji anak saya yang lama iaitu Nenek Kiah dari Tmn Rinting sebanyak 6 biji, katanya untuk menjamu tetamunya dari Singapura. Tahun lepas katanya tak cukup, itu sebabnya tahun ini tempah lebih sikit.


Tempahan biskut raya ini ditempah oleh Zubaidah dari Tmn Rinting sebanyak 10 balang. Sebenarnya ada 12 balang lagi yang ditempah oleh abang dan adik ipar serta Fatin sahabat saya. Gambar terlupa pula nak ambik.Diantara biskutnya ialah "Almond London","Green Lovely Princess", Sugi Badam,Dahlia, "Nastar Rose" dan "Snow Almond".Orang nak berniaga biskut,kita pun nak berniaga juga tapi tidaklah sampai beratus-ratus balang macam orang lain.Kalau dah sampai tahap macam tu,rumah tentu macam kapal karam.


Kek coklat "moist dengan coklat "fudge" ini ditempah sempena hari lahir. Terlupa pula, dengan nama penempahnya. Terima kasih sebab sudi menempahnya.


"Fruit flan" kek ini ditempah oleh Intan, pelanggan setia saya.


"Butter" kek ini ditempah oleh Kak Su.Buat makan-makan katanya.


"Fancy cookies" ini ditempah oleh sahabat guru mengaji anak saya sebanyak 20 biji. Entah kenapalah, warna hijau selalu saja menjadi pilihan.Barangkali sejuk memandang.


Tepung kek ini ditempah oleh SIL sebanyak 60 bungkus.

Saturday, November 12, 2011

Kembali Lagi...



Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini, dah lama sangat tak mengemaskini blog yang dah bersawang ni...tentu sesiapa yang datang singgah rasa bosankan, yelah..tuan punya blog macam dah tak wujud lagi je....hehehe. Saya mohon maaf yang sebanyak-banyaknya kepada semua sebab mengabaikan blog ni buat sementara waktu..sibuk satu hal, malas pun satu hal..macam-macam hal. Entri yang terbaru akan saya masukkan untuk tatapan pengunjung..tunggu!!!

Saturday, July 23, 2011

Talam




Talam ini ditempah oleh Zila untuk majlis yassin dan tahlil iaitu 2 loyang talam diplomat dan 2 loyang talam mak dara.

Tempahan Tepung Kek Segera "FAMILY'S CAKE"


Tepung kek coklat lembab ini ditempah oleh SIL sebanyak 40 bungkus dan 20 bungkus oleh sahabat saya Mas dari Pasir Gudang. Permintaan sangat menggalakkan untuk tepung ini.


Ini hanyalah sebahagian yang sempat saya ambil gambarnya.

Friday, July 8, 2011

Mutiara 21


Janganlah menjadi kepala, kerana kepala itu sering pening. Janganlah mencari kemasyhuran, kerana kemashyuran itu ada uftinya. Sementara kecukupan tanpa kemashyuran itu adalah kebahagiaan.

Wednesday, July 6, 2011

Birthday Cake






Kek coklat "moist with coklat fudge" ditempah oleh Liza untuk Staf Tribunal Tuntutan Zon Selatan. Terima kasih Liza.

Tempahan Tepung Kek Coklat "Moist" segera dan Spaghetti





Spaghetti berkuah sardin berperisa Itali dan tepung kek coklat lembab segera (5 bungkus) ditempah oleh Ustaz Azli dari Sek Ren Islam Pintar Seri Alam serta 10 bungkus pula ditempah oleh sahabat saya Mas dari Pasir Gudang.Terima kasih semua.

Kek Coklat "Moist" dan "Fancy Cookies"







Kek coklat "moist" dengan deko "simple" dan "Fancy Cookies" sebanyak 60 biji ditempah oleh Zila untuk harijadi anaknya. Terima kasih Zila.