Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Monday, May 16, 2011

Brownies Almond Coklat


Pada hari Ahad lepas saya telah melawat anak sulong saya Abdul Aziz di asrama, sempat juga buatkan brownies untuknya.Selain itu saya masakkan asam pedas ayam kegemarannya dan pizza hawaii. Tetapi saya tidak dapat kongsikan gambar kedua-duanya kerana lupa nak mengambilnya. Apabila dah layan anak-anak memang lupa semuanya. Lagi pula, ada rakan blogger yang hendakkan resepi brownie, jadi saya kongsikan bersama.


Nasib baik sempat ambik gambar, ni pun main tangkap muat je ambik.

Resepi dari Buku Kompilasi Tat dan Brownies oleh Salhah Bujang

Bahan A
250 gm coklat masakan
200gm mentega

Bahan B
180 gm gula halus
1 sudu teh esen vanila
4 biji telur

Bahan C
200gm tepung superfine(saya guna tepung gandum)diayak dahulu
200gm almond flake dipanggang sebentar separuh dimasukkan ke dalam adunan dan selebihnya di tabur sebagai hiasan.

Bahan D
250gm coklat masakan
100 gm cream (saya guna susu cair)
1 sudu makan mentega
dan saya tambahkan 1 sudu besar golden syrup
Semua bahan ini dicairkan dengan cara double boil kecuali mentega dan golden syrup. Setelah cair tutup api dan masukkn mentega serta golden syrup.

Cara-caranya
Cairkan bahan A dan tutup api dan masukkan bahan B dan kacau menggunakan whisk sehinga gula hancur dan adunan agak pekat sedikit dan masukkan bahan C dan dibakar pada suhu 180c selama 45 minit atau ikut kepanasan oven masing-masing.Setelah masak disejukkan dan siramkan dengan bahan D serta taburkan almond flake

Thursday, May 5, 2011

Kek Keju Dingin




Untuk resepi kali ini saya ingin berkongsi satu resepi kek keju yang sangat mudah dan saya rasa ramai rakan-rakan blog kita semua dah biasa dan dah tahu cara untuk membuatnya.Tapi lain tangan lain rasanyakan. Asalnya saya membuat kek keju dingin ini, untuk pencuci mulut kepada SIL saya yang datang ke rumah tempohari. Ini semua kerana kes mengidam hendak makan katanya..maka terhasillah kek ini dengan bahan-bahannya yang ngam-ngam ada dalam peti sejuk.Harap-harap melepaslah mengidam dia.






Kek Keju Oreo (saya buat oreo + blueberry)
Sumber dari Kompilasi Hidangan Berkeju oleh Noraini Zakaria

Bahan Biskut
200gm biskut oreo - dibuang krim dan dikisar
70gm mentega - dicairkan

Bahan Kek
250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula kastor
60ml air
15gm gelatin halal (saya guna jenama halalgel)
3 keping biskut oreo diramas (saya guna blueberry

Cara membuatnya
1.Sediakan tin bulat 7" jenis loose tin yang boleh dibuka di bawahnya (saya guna loyang bentuk cincin saiz 8").

2.Tuangkan mentega yang dicairkan ke dalam serbuk biskut oreo dan gaul rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat dan sejukkan dalam peti ais selama 30 minit atau sehingga ia keras.

3.Pukul krim putar hingga kembang dan pekat dan simpan dalam peti sejuk sebentar

4.Dalam bekas lain, pukul krim keju, krim biskut oreo (saya beli yang krimnya berwarna coklat, sebab tu adunan saya berwarna coklat sedikit) dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.

5.Panaskan gelatin bersama air hingga cair. Setelah sejuk tuangkan gelatin dalam adunan keju dan pukul sebati.Masukkan krim putar yang dipukul tadi dan pukul sebentar sahaja.

6.Masukkan biskut oreo yang diramas tadi. Saya telah masukkan inti pai blueberi.

7.Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam hingga ia keras.

Mudahkan...tidak perlu membakarnya. Kepada sesiapa yang ingin merasa kek keju dingin, bolehlah mencubanya.

Tuesday, April 12, 2011

Kek Pisangku

Semalam pagi saya telah membakar kek pisang, kek pisang ini dah banyak kali saya buat dan resepinya saya dapat dari myresepi yang "famous" tu. Masa mak buat kenduri kahwin adik saya, kek pisang ini saya telah buat sebanyak 15 biji untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.Resepinya sangat mudah dan keknya agak besar.Kalau sesiapa yang tidak suka manis kurangkan gulanya sedikit. Kalau saya sebiji kek ini memang susah nak dihabiskan..oleh itu, saya akan memberi kepada jiran dan sahabat-sahabat saya untuk merasa.





Resepinya saya "copy paste"kan
Sumber Myresepi oleh adsweet

Bahan-bahan ( saiz biasa )

* 7 biji pisang berangan
* 1 cawan minyak masak
* 2 sudu kecil soda bikarbonat
* 5 biji telur
* 2 cawan gula halus
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 cawan gandum

Cara-cara

1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat
2. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend)
3. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata
5. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-30 minit, suhu 180 C (saya bakar dalam 1 jam,biasanya bergantung kepada "oven" masing).