Menerima pelbagai tempahan untuk majlis perkahwinan, harijadi, pertunangan dan seumpamanya...
Thursday, May 5, 2011
Kek Keju Dingin
Untuk resepi kali ini saya ingin berkongsi satu resepi kek keju yang sangat mudah dan saya rasa ramai rakan-rakan blog kita semua dah biasa dan dah tahu cara untuk membuatnya.Tapi lain tangan lain rasanyakan. Asalnya saya membuat kek keju dingin ini, untuk pencuci mulut kepada SIL saya yang datang ke rumah tempohari. Ini semua kerana kes mengidam hendak makan katanya..maka terhasillah kek ini dengan bahan-bahannya yang ngam-ngam ada dalam peti sejuk.Harap-harap melepaslah mengidam dia.
Kek Keju Oreo (saya buat oreo + blueberry)
Sumber dari Kompilasi Hidangan Berkeju oleh Noraini Zakaria
Bahan Biskut
200gm biskut oreo - dibuang krim dan dikisar
70gm mentega - dicairkan
Bahan Kek
250gm krim keju
250gm krim putar
80gm gula kastor
60ml air
15gm gelatin halal (saya guna jenama halalgel)
3 keping biskut oreo diramas (saya guna blueberry
Cara membuatnya
1.Sediakan tin bulat 7" jenis loose tin yang boleh dibuka di bawahnya (saya guna loyang bentuk cincin saiz 8").
2.Tuangkan mentega yang dicairkan ke dalam serbuk biskut oreo dan gaul rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat dan sejukkan dalam peti ais selama 30 minit atau sehingga ia keras.
3.Pukul krim putar hingga kembang dan pekat dan simpan dalam peti sejuk sebentar
4.Dalam bekas lain, pukul krim keju, krim biskut oreo (saya beli yang krimnya berwarna coklat, sebab tu adunan saya berwarna coklat sedikit) dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
5.Panaskan gelatin bersama air hingga cair. Setelah sejuk tuangkan gelatin dalam adunan keju dan pukul sebati.Masukkan krim putar yang dipukul tadi dan pukul sebentar sahaja.
6.Masukkan biskut oreo yang diramas tadi. Saya telah masukkan inti pai blueberi.
7.Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam hingga ia keras.
Mudahkan...tidak perlu membakarnya. Kepada sesiapa yang ingin merasa kek keju dingin, bolehlah mencubanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment