Tuesday, January 31, 2012

Birthday cake




"Toffe Banana" Coklat kek ini ditempah oleh rakan anak sulung saya di asramanya, katanya buat kejutan buat ibunya. Tetapi kek ini bila tiba di asramanya di Kluang memang tidak secantik seperti digambar kerana kek ini menggunakan "fresh cream", jadi coklatnya meleleh. Apa boleh buat, memang lepas ni tak bolehlah nak ambik order kek yang menggunakan "fresh cream".Kalau terus dihantar mungkin dapat diselamatkan tetapi banyak iklan untuk sampai kepada penempahnya. Faham-faham sajalah dengan asrama yang banyak sangat protokolnya.


Musim permainan "angry bird" sana sini orang sibuk dengan kegilaan permainan ini. Oleh itu, kek harijadi dengan gambar "angry bird" diatasnya kali ini ditempah oleh Ros dari Beringin untuk hari lahir anaknya Nurul Najwa dengan nama timangan YOYO. Manakala kek "angry bird" di bawahnya pula,ditempah oleh guru Sek Tahfiz Taman Mawar untuk hari Lahir anaknya AIN. Kedua-duanya dengan deko yang mudah saja.




"Cheese cake blueberry" ni memang kesukaan FATIN sekeluarga. Ditempah untuk meraikan harijadi suaminya tersayang lagi dikasihi. Katanya buat kejutan buat suami.


Kek "Indulgence" ini juga ditempah oleh FATIN. Kek ini saya hias dengan "simple" saja, sebab dia tak cakap awal-awal kek ini ditempah untuk harijadi anaknya.Peralatan untuk deko pun tertinggal dirumah satu lagi.

Tempahan




Kek lapis Strawberry rintik ini dijadikan hantaran dan 3 biji lagi ditempah untuk makan-makan di majlis kenduri kahwin.Ditempah oleh Kak Yati dari Kempas. Terima kasih kepada Kak Yati kerana menyokong produk saya.


Tepung kek coklat lembab ini ditempah oleh SIL sebanyak 20 bungkus, Liza dari Bandar Baru Uda sebanyak 4 bungkus dan Mas dari Pasir Gudang sebanyak 3 bungkus.Jika dahulu, tepung kek ini belum lagi disertakan dengan "topping"nya tapi sekarang ianya telah diperbaharuhi dengan tambahan serbuk "topping"nya.Maka dari itu, kek coklat yang dihasilkan pasti lebih lazat, malah lebih cepat dan jimat.


"Cheese tart" sebanyak 50 biji ditempah oleh Fatin sahabat baik saya dan Kak Jun dari Desa Jaya sebanyak 50 biji juga.


Puding hantaran ini ditempah oleh Zila untuk anak saudaranya.

Mutiara 24


Orang yang tidak bahagia dirumahnya, tidak akan bahagia di tempat lain. Orang yang tidak dicintai keluarganya, nescaya tidak akan dicintai sesiapa pun. Orang yang menyia-yiakan hari ini akan menyia-yiakankan hari esok.