Showing posts with label Sekadar bercerita. Show all posts
Showing posts with label Sekadar bercerita. Show all posts

Tuesday, January 15, 2013

Selamat Ulangtahun Sayang


Assalamualaikum. Hari ini genap usia 8 tahun,anak perempuanku seorang. Najwa semakin tumbuh membesar dan menjadi anak yang bijak.Ibu dan ayah sangat bangga denganmu nak.Tiada yang lebih berharga dari memilikimu dalam kehidupan kami. Tiada dapat dinilai dengan harta di dunia ini.Ibu dan ayah sangat sayang kamu sayang.Untuk meraikan hari lahirnya saya membuat sebiji kek khas untuknya. "Pecan Butterscotch Cake" menjadi pilihan. Dan jika ada yang berminat bolehlah menempahnya.



Saturday, November 12, 2011

Kembali Lagi...



Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini, dah lama sangat tak mengemaskini blog yang dah bersawang ni...tentu sesiapa yang datang singgah rasa bosankan, yelah..tuan punya blog macam dah tak wujud lagi je....hehehe. Saya mohon maaf yang sebanyak-banyaknya kepada semua sebab mengabaikan blog ni buat sementara waktu..sibuk satu hal, malas pun satu hal..macam-macam hal. Entri yang terbaru akan saya masukkan untuk tatapan pengunjung..tunggu!!!

Monday, June 13, 2011

Baru ada masa


Cuti penggal sekolah baru saja bermula dan saya pun baru berkesempatan untuk mengemas kinikan blog ini. Sepanjang cuti sekolah ini,saya sibuk dengan melayan anak-anak dan anak saudara yang bercuti di rumah. Maka, riuhlah rumah sepanjang cuti berlangsung.

Sehinggalah semalam selepas menghantar anak balik ke asrama, sunyinya terasa sangat kerana sebelum itu ,selepas subuh saya menghantar suami ke "airport" untuk sambung bertugas di luar negeri dan tengaharinya pula menghantar anak.Dan MIL juga pun turut serta pergi ke rumah SIL. Tadinya, rumah saya yang riuh rendah dengan suara dan bising anak-anak, tiba-tiba hening saja. Terasa sedihnya dihati.Tinggallah saya dan dua orang anak. Dan bermulalah kembali tugas-tugas saya sebagai suri rumah tanpa suami disisi.

Semasa cuti ada juga saya mengambil beberapa tempahan iaitu tepung kek segera FAMILY'S CAKE, Fancy cookies, kek harijadi dan kek perkahwinan.

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Diharap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua. Semoga kalian tabah dan sabar menghadapi cabaran dihari-hari mendatang dalam menjaga,mendidik dan membimbing anak-anakmu. Buat IBUKU dan IBU MERTUAKU..., jasamu tidak terbalas oleh anakmu ini, hanya ALLAH saja yang dapat membalasnya.


Tuesday, April 12, 2011

Selamat Hari Lahir buat anakku Mohamad Hafiz


Toffee Banana Chocolate Cake

Hai!! semua pengunjung blog saya, rasanya macam dah lama sangat tak "updated"kan..biasanya kalau tak de "entry" baru yang ditulis pasti rakan blog semua boring je, yelah siapa-siapa pun akan rasa macam tu.Oklah sempena hari lahir anak saya yang kedua iaitu Mohamad Hafiz saya telah membuat kek coklat yang disukai ramai iaitu kek "Toffee Banana Chocolate", kek ni saya buat tingginya dalam 5 inci tu...beratnya lebih sekilo..kek ini telah dihantar kesekolahnya untuk diraikan bersama rakan-rakan sekelasnya.Begitu juga dengan "fancy Cookies" yang telah saya buat lebih awal itu di"entry" yang lepas. Yang sedihnya, saya tidak dapat mengambil gambarnya potong kek disekolah.Kalau tahun lepas abangnya ada disekolah yang sama dan selalunya dialah yang boleh diharapkan untuk mengambil gambar-gambar.

Walau bagaimana pun, sebagai ibu saya berdoa agar anak yang saya kandungkan selama 9 bulan 10 hari ini akan menjadi anak yang soleh dan patuh kepada kedua ibubapa serta taat kepada Allah yang Maha Esa.Amin...Hafiz ibu sayangmu, belajarlah bersungguh-sungguh dan gapailah impianmu kelak.

Tuesday, March 29, 2011

Apa cerita?

Assalamualaikum kepada pengunjung semua...lama juga saya tidak bersiaran di blog ini, tentu terasa boringkan kalau asyik tengok benda yang sama setiap hari.Maafla kerana semasa cuti sekolah tempohari memang sibuk sekali dengan anak-anak. Kami tidak kemana pun hanya duduk di rumah saja (4 beranak), lagi pula anak yang sulung sibuk dengan kerja sekolahnya yang harus disiapkan sebelum balik ke asramanya. Kami balik ke kampung pun hanya tidur semalaman...lepasla rindu atuknya terhadap cucu-cucu kesayangannya. Sibuk - sibuk di kampung sampai terlupa nak ambik gambar gelagat cucu-cucu dan atuknya cuma gambar anak gadis saya saja dengan sepupunya yang dapat saya ambil dan dimuatkan disini.Farhan dan Fitri ni adalah adik-beradik dan anak-anak kepada adik lelaki saya.


Najwa dan Fitri


Najwa dan Farhan

Thursday, February 24, 2011

Khabar kelmarin 2

Selain daripada sibuk dengan majlis pernikahan adik bongsuku, saya juga benar-benar sibuk dengan persiapan sekolah anak-anak. Anak sulong saya telah naik ke tingkatan satu, maka dia telah saya hantar ke asrama di Kluang. Jadi sedia maklumlah, jika menghantar anak ke asrama banyak sekali yang perlu disiapkan seperti membeli keperluan untuknya dan adik-adiknya serta pendaftaran.Pendek kata, memang ke hulu dan ke hilir.Nasib baik suami ketika itu sedang bercuti dari kerjanya, jadi tidaklah terasa letih sangat.


Anak kedua dan ketiga pada hari pertama ke sekolah. Gambarnya agak gelap sikit sebab ambik gambar diawal pagi.


Anak sulong saya ketika melawatnya di asrama pada 20/2/2011..kesian bertambah kurus tapi doa ibu sentiasa mengiringinya.

Khabar Kelmarin

Assalamualaikum kepada semua pembaca blogku ini, maaf sebab sudah lama tidak menulis.Sebenarnya di akhir tahun 2010 aktiviti terlalu padat dengan majlis pernikahan adik bongsuku.Semua persiapan harus dibuat, oleh itu saya telah membuat langsir baru untuk rumah mak dikampung, kek untuk tetamu, kek pengantin dan hantaran. Sebagai kak long, saya merasa gembira sekali kerana adik telah mendapat jodohnya yang serasi dan persefahaman. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.


Selamat Pengantin Baru



Diantara gubahan hantaran yang sangat "simple"



Kek Pengantin

Monday, November 1, 2010

Permintaan suami


Coklat ini dibuat diatas keinginan suamiku sebagai makanan sampingannya. Coklat ini dikirim ke luar negara untuknya melalui sahabatnya.

Wednesday, May 26, 2010

UPdet

Salam...lamanya saya tidak menulis didlm blog ini, entah kenapa betapa penyakit malas ini tidak berkesudahan. Realitinya tiada apa yg menarik utk saya tulis atau cerita. Padahal, kalau saya dh mula menulis pasti panjang lebar hujah nanti. Duniaku adalah rumah dan sekolah kerana saya lah yg menghantar dan mengambil anak2 di sekolah mrk. Yang sulung duduk di asrama, kedua dan ketiga tinggal dgnku. Apabila mrk pulang tinggal 3 beranak la kami..hubbyku??? bertugas nun jauh diperantauan...sedih jugalah kena tinggal, tapi dh rezekinya diperantauan, kami redha.

oklah... walaupun saya surirumah sepenuh masa, saya tidak boleh bersenang2 saja tanpa membuat apa2 yg berfaedah jadi masaku isikan dgn menerima tempahan membuat kek yg x seberapa sgt...yelah kalau dibandingkan dgn org lain sampai x cukup tangan utk memenuhi tempahan..tapi alhamdulilah dgn tempahan mrk2 itu tidakla lah aku boring sgt duduk rumah..

Wednesday, October 28, 2009

'Birthday' adik bongsu



Adikku menyarankan agar membuat kek utk harijadinya pada 11.10.2009 hari tu...jd saya telah membuatkan cmc utknya. Inilah kek cmc kali kedua yg saya dekorasikan...yg pertama utk harjadi hubby..bab2 mendekorasi ni saya masih lagi merangkak2... yelah masih baru lg dlm bidang ni. walaupun rupa nya yg hodoh tapi rasa tetap yummmy...adikku kata sedap sangat, apalagi yg bole saya katakan terima kasih bebanyak2 la..nnti bole order lagi.

Selepas tu SIL pula order utk makan2 satu family....bukannya apa, hari tu saya bagi la sikit utk merasa, tapi katanya x puas mkn, tu yg meng'order'. Terima kasih la lina...

Monday, August 3, 2009



Sempena ulangtahun suami saya yg ke.... pd 27.07.09, saya telah membuat kek harijadi (cmc) utknya. Padahal, dia tiada di tanah air. Sebagai isteri, saya ingin membuat sesuatu yg istimewa utknya walaupun x seberapa. Pd hari lahirnya kami empat beranak saja yg meraikannya dan memotong kek. Dan inilah kek pertama yg saya hias menggunakan buttercream, tapi x lh cantik sgt. Punyalah 'excited' sgt menghias kek tersebut smpi penuh dan x de ruang utk saya menulisnya. Katanya dia sedih sbb tiada di sisi kami disini.