Tuesday, January 31, 2012

Birthday cake




"Toffe Banana" Coklat kek ini ditempah oleh rakan anak sulung saya di asramanya, katanya buat kejutan buat ibunya. Tetapi kek ini bila tiba di asramanya di Kluang memang tidak secantik seperti digambar kerana kek ini menggunakan "fresh cream", jadi coklatnya meleleh. Apa boleh buat, memang lepas ni tak bolehlah nak ambik order kek yang menggunakan "fresh cream".Kalau terus dihantar mungkin dapat diselamatkan tetapi banyak iklan untuk sampai kepada penempahnya. Faham-faham sajalah dengan asrama yang banyak sangat protokolnya.


Musim permainan "angry bird" sana sini orang sibuk dengan kegilaan permainan ini. Oleh itu, kek harijadi dengan gambar "angry bird" diatasnya kali ini ditempah oleh Ros dari Beringin untuk hari lahir anaknya Nurul Najwa dengan nama timangan YOYO. Manakala kek "angry bird" di bawahnya pula,ditempah oleh guru Sek Tahfiz Taman Mawar untuk hari Lahir anaknya AIN. Kedua-duanya dengan deko yang mudah saja.




"Cheese cake blueberry" ni memang kesukaan FATIN sekeluarga. Ditempah untuk meraikan harijadi suaminya tersayang lagi dikasihi. Katanya buat kejutan buat suami.


Kek "Indulgence" ini juga ditempah oleh FATIN. Kek ini saya hias dengan "simple" saja, sebab dia tak cakap awal-awal kek ini ditempah untuk harijadi anaknya.Peralatan untuk deko pun tertinggal dirumah satu lagi.

No comments:

Post a Comment