Menerima pelbagai tempahan untuk majlis perkahwinan, harijadi, pertunangan dan seumpamanya...
Sunday, May 22, 2011
Talam Marble
Talam marble ini adalah talam yang sangat mudah untuk membuatnya. Tadinya Intan sahabat saya datang ke rumah hendak menempah talam tetapi saya kesibukan pada masa itu.Oleh itu saya katakan padanya kalau dia mahukan juga talam, boleh.... tapi talam tanpa dikukus. Intan kata boleh saja .Maka, terhasillah talam ini dengan dibantu olehnya didapur saya pada masa itu.
Resepinya dari myresepi yang "famous" itu.
Talam Marble oleh kak fida
Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
250 g tepung Hoen Kwee (putih)-(1 sb rata=10 g) saya guna yang hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata) saya guna 400gm saja
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko
Cara-cara
Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
Siap utk dipotong dan dihidangkan.
Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat krane adunan cepat mengeras.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah kak...cantik marble tu..nuni pon suke resepi kak fida. nuni follow ye
ReplyDeleteTerima kasih nuni sudi singgah dan follow akak. Akak pun baru-baru je berjinak dgn blog ni.Akak follow nuni juga. Resepi talam tu sgt mudahkan.Bagi orang yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia masakan mmg sesuai.
ReplyDelete