Sunday, January 27, 2013

Kek Keju Bersalji




Assalamualaikum semua, semoga hari-hari yang dilalui sentiasa ceria dan bahagia selalu.Untuk resepi kali ini saya ingin berkongsi resepi kek keju bersalji yang sekarang tengah panas disana sini kerana telah ramai "blogger" sudah mencubanya. Saya terpanggil untuk mencubanya setelah melihatnya di dapur mamasya. Aduhai!!!... tidak boleh ditahan-tahan lagi. Setelah merasanya buat kali pertama memang terus jatuh cinta. Memang kek ini sangat gebu dan rasanya yang manis, masin dan berlemak memenuhi citarasa saya yang memang pengemar kek yang berkeju. Nasib baiklah buat kek ni tengok "mood" rajin, kalau selalu buat dan badan pun boleh naik gebu juga dibuatnya.Di bawah saya sertakan resepinya dari dapur mamasya.


Snow Cheese Cake
Sumber: Dapurmamasya,Rahel @ I love Cake dan K.Zai@dapurcomelku.blogspot

Bahan:-guna loyang 9'x 9'
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
saya tambah vanila esen

Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(saya kacau guna spatula saja dengan teknik kaup balik).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 160'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong 2 lapis untuk mendapatkan kek agar menjadi tiga bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas setiap lapisan kek tadi.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.

TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN
dari mama dan mama jumpa tip ni di Ena Lovely Kitchen;
Terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.satu lagi bila dah masuk minyak hanya gaul dg senduk....jgn over beat.

No comments:

Post a Comment