Thursday, February 28, 2013

Mutiara 35


Jika seseorang mencelamu maka pada hakikatnya ia telah mencaci maki Allah s.w.t. Pada saat itu orang tersebut juga menderhakai Allah s.w.t. padahal Ia telah menciptakannya dari tiada; tidak bersyukur padahal Allah s.w.t yang telah menghilangkan lapar dan memberinya makan; juga menentang kekuasaanNya padahal Ia telah memberinya rasa aman.

Kek harijadi


Kek harijadi yang simple sahaja ditempah oleh Awin untuk anakandanya Umar.

Kek hantaran


Kek hantaran "simple" dan "cupcake" sebanyak 70 biji untuk majlis khatam Al-Quran ditempah oleh Intan.

Red velvet cupcake and cake



Red velvet cupcake ditempah oleh Dijah dan red velvet oleh Fatin juga. Terima kasih kerana tidak pernah serik menempah dari saya.

Crepe


Tempahan durian, mangga dan oreo crepe oleh Fatin dan Dijah. Terima semua.

Thursday, February 21, 2013

Tempahan crepe dan talam



Tempahan Durian dan Oreo Crepe oleh Kak Ema dan Fatin. Manakala talam  Koleh Kacang , Sri Sarawak dan Tako ditempah oleh Kak Fauziah dan Kak Ema. Terima kasih semua.

Saturday, February 16, 2013

Tempahan Nasi Tomato lagi

Tempahan nasi tomato oleh "regular customer" iaitu Dijah untuk Majlis Maulidul Rasul di taskanya seramai 60 orang.Terima kasih Dijah sebab sentiasa memberi kepercayaan kepada akak.

Tempahan crepe

Tempahan durian dan oreo "crepe" oleh Fatin, Aween, Dijah dan Kak su. Terima kasih semua.

Tempahan "Red Velvet cake"



Kek si baldu merah ini ditempah oleh sahabat Fatin.Terima kasih kerana sudi menempah. Si penempah menghantar 'sms' mengatakan kek ini sangat sedap dan katanya seperti beli di kedai kek. Bukan saya yang kata tetapi orang yang membeli dan merasanya.

Mutiara 34


Jalan yang paling selamat adalah jalan menuju ke rumah. Hari yang paling indah adalah hari yang diisi dengan amal soleh. Saat yang paling buruk adalah ketika engkau melakukan kejahatan terhadap orang lain.

Sunday, February 3, 2013

Tempahan pelbagai


Tempahan bihun goreng oleh Dijah dari Bandar Dato Onn untuk 20 orang makan.


Durian crepe ditempah oleh Fatin dari Taman Bukit Dahlia, Masai.


Talam Suji ditempah oleh Eliana dari Taman Scientex, Masai.

Terima kasih semua kerana sudi menempah.

Mutiara 33


Kebahagiaan adalah lenyapnya kepedihan, hilangnya permusuhan, hidup dihiasi amal soleh dan jiwa tidak ditunggangi oleh hawa nafsu.