Selamat pagi kepada rakan-rakan blog semua, semoga pagi ini berada didalam keadaan sihat dan ceria selalu.Semalam saya hanya duduk dirumah dan mengemas apa yang patut. Biasanya sebagai surirumah kerja tidak pernah habis sampailah waktu kita nak beradu. Anak saya hafiz pula cuti sekolah kerana pihak sekolah mengadakan lawatan untuk murid-murid pra, tahun 1,2 dan 3.Oleh itu, najwa juga turut serta didalam lawatan tersebut. Jadi tinggallah saya berdua...dan kalau mereka semua sekolah tinggallah saya seorang.Tapi lebih baik berdua daripada seorang...boring dibuatnya. Oklah.. bebel je pulak saya ni. Minggu lepas saya ada membuat pizza untuk makan-makan dan bahan-bahannya ada lebih, jadi semalam petang saya telah pun membuatnya sekali lagi.Dibawah saya sertakan sekali resepinya dan saya telah ubahsuai sedikit.
Resepi pizza hawaian
(sumber Komplilasi Hidangan Berkeju oleh Noraini Zakaria)
Bahan Doh
600gm tepung roti (high protein flour) -saya sukat 300gm
200gm tepung gandum - 100 gm saja saya sukat
2 sudu besar tepung susu - 1 sudu saya sukat
1 sudu kecil pemantap roti - 1/2 sudu saya sukat
1 paket(11gm) yis mauripan - saya sukat 10gm
2 sudu besar gula halus - 1 sudu saya sukat
650 ml air sejuk (saya letak secukupnya)
1 sudu kecil garam (saya tidak letak cuma sesudu besar majerin)
Bahan inti (saya sukat ikut suka)
sosej ayam dorebus sekejap dan di hiris-hiris
cili benggala potong dadu
bawang besar dihiris (saya tak letak)
nenas
keju mozarella
cili tomato kimball
oregano
minyak
Caranya
Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan kecuali majerin dan buat lubang ditengah dan tuangkan air sedikit-sedikit secukupnya. Uli dengan tangan atau mesin (saya guna mesin. Bila hampir nak sebati saya masukkan majerin dan uli sehingga lembut. Tutup dengan kain lembab dan biarkan doh naik 2 kali ganda selama 45 minit.Kemudian tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan uli sebentar. Canai doh bentuk bulat dan biarkan naik selama 20 minit.Bakar hingga setengah masak selama 15 minit. Saya tidak masak pun terus saje cucuk dengan garpu, renjis minyak sedikit dan letak sos tomato secukupnya dipermukaannya. Kemudian letaklah inti dan akhir sekali keju mozarella bahan utama yang mesti kita letak. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment