Monday, February 20, 2012

DONUT






Baru-baru ni tekak teringin sangat nak makan donut, lagi pula ianya adalah kuih kegemaran kami sekeluarga. Dari itu, saya telah mencari resepi donut di internet. Dan pelbagai resepi ditemui dan akhirnya saya berkenan dengan resepi dari seorang pakar memasak masakan barat iaitu Puan Norasikin Basri. Beliau telah memberikan pelbagai resepi yang boleh dikomersialkan seperti donut. Resepinya juga sangat mudah tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Jika sesiapa ingin berkunjung ke web beliau bolehlah ke sini untuk memdapatkan resepi dan tip-tip tentang masakan beliau.



Resepi Donut Gebu Tradisional atau terus ke web beliau.

1kg tepung gandum
1 paket yis mauripan
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca teh garam
1/2 cawan minyak
550gm air bertapis
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
1. Larutkan garam, susu dan air
2. Gaulkan yis dan tepung gandum
3. Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati
4. Masukkan air sedikit demi sedikit
5. Kemudian diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit.
6. Rehatkan adunan selama 15 - 20 minit
7. Bahagikan doh dengan berat 50gm setiap satu.
8. Bulatkan adunan tadi menjadi benola yang licin.
9. Leperkan dan tebuk lubang di tengahnya dengan memggunakan penutup botol.
10. Biarkan donut mengembang selama 1/2 jam -1 jam.
11. Goreng dengan minyak yang banyak dengan api yang sederhana sehingga kuning keemasan.
12. Tuskan sebelum digaulkan dengan gula caster dan siap untuk dimakan.

Donutnya sangat gebu dan lembut dan pasti tidak akan jemu untuk membuatnya lagi.Cubalah rasainya.

4 comments:

  1. haiiissshhhh...donut owhhh donut..nk cari donut kat BIG apple plak :)

    ReplyDelete
  2. Hai lau dekat, hari2 boleh buatkan. Lau nak instant mcm makusu ckp gi je big apple atau dunkin donut.

    ReplyDelete
  3. haha dh pesan En.Yuzo abraham beli rabu ni dtg..2 la kaklong tgk donut kaklong pun dh buat ibu mengandung nk mkn donut.. :)

    ReplyDelete