Wednesday, May 4, 2011

Nasi Ayam Penyet


Masa cuti Hari Pekerja baru-baru ni saya telah mencuba resepi nasi ayam penyet. Tadinya saya memasak kerana ada yang mengidam nak makan, jadi saya pun mencarilah resepinya di internet dan temuinya di myresepi yang "famous" tu. Sebenarnya saya sendiri pun belum pernah merasanya di mana-mana gerai, maka dari itu tak dapatlah saya bezakan rasanya yang asli. Sampai 2 hari berturut-turut saya masak kerana SIL datang menziarah ke rumah. Dibawah saya letakkan resepinya. Sedikit ada penambahan kepada resepi sebab saya ada sertakan sayur kacang panjang, kobis, tahu dan tempe. Rasanya boleh tahan sebab orang yang mengidam makan katanya, kalau makan dekat luar nasinya cuma nasi putih, yang ini nasinya diperisakan dengan kuah rebusan ayam. Jadi nasinya kira istimewalah sikit.

Nasi Ayam Penyet
Sumber Myresepi oleh blogresepi

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasi
½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang Putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
Minyak masak untuk menggoreng.

Untuk Sambal
Sedikit minyak masak
10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
10 biji Cili padi
10 biji Bawang kecil/merah, hiris
3 biji Bawang putih, hiris
5 biji Tomato, potong 4
5 cm Belacan
2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi
3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
3 ulas bawang putih
satu btg kayu manis
4 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit butter
garam
kiub pati ayam/daging (Saya tidak letak)
6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara

Untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras. Rempah ayam goreng yang lebih saya gaulkan dengan tempe dan tahu (sukatan tahu dan tempe ikut masing-masing)
Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
Masukkan gula merah dan gaul rata.
Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup
Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.Saya tambah kayu manis, bunga lawang, pelaga dan sup bunjut.
Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.Tidak lupa juga dengan bawang goreng.

Untuk Nasi
Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan beras yg dah ditoskan.Masukkan daun pandan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
Masukkan air rebusan ayam, garam. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.Tapi saya masak atas dapur sahaja untuk mengelakkan berkerak nasinya dibawah.


Sebelum dimasak, abaikanlah pada bekas yang dah usang tu...huhuhu



3 comments:

  1. masakla resepi dah bagi tu....

    ReplyDelete
  2. sedap punya pasal sampai 2 hari berturut2 masak, tapi kak long sampai dah tak larat nak makan, hehehehe

    ReplyDelete